SPM top student



HISHAMMUDDIN Tun Hussein mengucapkan tahniah kepada Nur Amalina Che Bakri (kiri) sambil diperhatikan ibunya, Sabariah Hassan (kanan) di Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor, semalam.

March 10, Nur Amalina layari Internet tambah ilmu pengetahuan

WAWANCARA KEMAJUAN teknologi sering dilihat sebagai negatif oleh sesetengah pihak kerana ia boleh menyebabkan golongan muda khususnya para pelajar menyalahgunakan kemudahan terbabit.

Selain menjadi faktor kepada meningkatnya masalah sosial di kalangan remaja, ada yang menganggap teknologi itu menyebabkan golongan pelajar mengabaikan pelajaran dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.

Namun, bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 kemudahan Internet khususnya aktiviti chatting merupakan medium baginya untuk bertukar-tukar pandangan dengan pelajar-pelajar sebaya di seluruh dunia.

Wartawan Utusan Malaysia ROHANI IBRAHIM cuba mencungkil rahsia Nur Amalina Che Bakri, 17 pelajar cemerlang yang berjaya mendapat 17 A1 dalam SPM 2004.

Utusan: Bagaimana Nur Amalina menggunakan kemudahan Internet untuk membantu dalam pelajaran?

Nur Amalina: Saya akan melayari Internet sebagai salah satu cara untuk berehat selepas mengulang kaji. Melalui ruangan chatting, saya mendapat sahabat dari Amerika Syarikat dan Britain di mana saya sering bertukar-tukar pendapat mengenai pelbagai perkara.
Antara isu yang dibincangkan semasa berchatting ialah isu-isu antarabangsa seperti peperangan, politik dan perkembangan semasa. Dari situ saya mendapat pelbagai maklumat mengenai sistem pendidikan dan kegiatan golongan pelajar di luar negara.
Daripada situ saya dapat menambah ilmu dan pengetahuan am mengenai banyak perkara. Saya juga sering menggunakan Internet untuk membaca akhbar secara online. Bagi saya cara itu lebih mudah daripada mendapatkan maklumat kerana saya dapat membaca hampir kesemua akhbar utama secara online.

Sebagai pelajar saya pasti Nur Amalina juga tidak dapat lari daripada mengalami tekanan ekoran pelbagai faktor lain seperti masalah keluarga dan sebagainya. Bagaimana Nur Amalina mengatasinya dan memastikan semua masalah itu tidak mengganggu pelajaran?

Nur Amalina: Semasa saya mengulangkaji pelajaran saya akan pastikan fikiran saya tidak akan terganggu dengan apa juga masalah. Mungkin saya akan meluangkan sedikit masa untuk memikirkannya selepas saya menghabiskan masa untuk mengulangkaji pelajaran. Bagaimanapun, saya lebih suka melihat sesuatu masalah itu dari sudut yang positif supaya masalah itu tidak akan mengganggu fikiran mahupun pelajaran saya.Apa yang penting dalam mendapatkan keputusan yang terbaik adalah semangat yang kuat dalam diri pelajar itu sendiri. Tanamkan semangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan jangan hiraukan tentang perkara lain yang dapat mengganggu fikiran. Selain itu sokongan pihak keluarga juga adalah penting.

Boleh ceritakan kenapa Nur Amalina memilih untuk menjadi seorang pakar sakit puan?

Nur Amalina: Saya ingin menjadi seorang pakar sakit puan kerana bagi saya negara kita masih kekurangan pakar sakit puan wanita. Pada pandangan saya lebih elok seorang wanita yang menghadapi masalah sakit puan diperiksa oleh seorang pakar wanita. Lagipun, saya sememangnya meminati bidang perubatan.

Bagaimana perasaan apabila mendapat ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mendapat tahu yang ada pihak cuba menemukan Nur Amalina dengan beliau?

Nur Amalina: Saya sungguh terharu. Saya tidak sangka pemimpin nombor satu negara turut meluangkan masa untuk mengikuti berita pencapaian saya dalam SPM malahan menyampaikan ucapan salam kepada saya. Saya benar-benar menghargai ucapan itu kerana bagi saya ia sangat bermakna. Sebagai seorang pemimpin yang begitu sibuk dengan jadual harian dan tugasan yang begitu penting iaitu mengurus dan mentadbir negara, kesudian Perdana Menteri untuk mengikuti perkembangan saya menunjukkan beliau adalah pemimpin yang sangat prihatin.

Apa yang akan Nur Amalina bualkan jika berkesempatan untuk bertemu Perdana Menteri?

Nur Amalina: Banyak sekali...Saya ingin mengetahui bagaimana beliau menjalankan tugas seharian dalam mentadbir sebuah negara yang kecil tetapi berjaya menjadi cemerlang di mata dunia. Saya juga ingin bertanya apakah rahsia dan pegangan beliau sehingga berjaya menjadi pemimpin nombor satu. Bagaimana pula beliau menghadapi dunia politik yang begitu mencabar.Saya percaya banyak lagi perkara yang ingin saya tanya apabila bertentang mata dengan Perdana Menteri kerana beliau merupakan tokoh yang saya kagumi. Dan saya juga terharu apabila beliau menganggap kejayaan saya hari ini merupakan kejayaan yang terbilang. Ini bermakna saya berjaya menyahut cabarannya.

*SOURCE: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Even i neu dat it had been published in the newspaper for 2 days,I still wanna put it here.. hehe.She has inspired me by da way she lives n studies..

"Nur Amalina , You rock !!!"



* Ekceli i keep thinkin about how could she score A1 in "Add Math".. hehe, cuz im so worry wit my Add Math.
>> people alwez says: "Practices make perfect" hmmm, no doubt but diz quote is so bored.. hik.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
About Me

NEOLLENE | 25 Dec 1989 | Shah Alam,MY | Graphic Design | Athletics | Reading

My Yahoo ID :

neollene
 
WRITIN MUSEUM

 
Events

 
Strollin Around

Online News
- New Straits Times
- The Star
- Utusan
- Berita Harian
- Harian Metro
- Malay Mail

Malaysia Top Sitez
- Nizam Zakaria
- Sultan Muzaffar
- Malique

Malaysia Society / Org
- Kaki Seni
- Filem Malaysia
- Istana Budaya
- Kem. Pelajaran
- Jakim

Journalist
- Inside My Brain
- Amiza Khusyri
- Bicara buku

Interactive
- 8tv
- Nokia
- Islam City
- Gempakstarz
- hi5
- SMS Free
- friendster

 
Tag-Board