ke alamat baru

I had moved to a new adress. The adress is : http://neollene.blogspot.com

Comment : 0 comments

Dear Diari,

Cutiku.. Alhamdulillah telah sampai ke penghujung
Pelbagai perasaan yang ku kutip sepanjang melaluinya..

Ku bersyukur.. hubungan ku dengannya telah pun bertambah baik. semoga kami dapat menjalani kehidupan di asrama dengan bayangan dan kekuatan masing-masing..

Sibuk betul mengemas rumah baru tu. Letih juga melayan tetamu. Terima kasih yang sudi hadir.Seronok jug di situ dengan suasana baru,bilik pun baru .Cuma belum sempat merasa perabot baru.Dah berada di asrama nanti, baru sampai.

Banyak betul ku download lagu. Lagu-lagu tu pula banyak yang menyentuh hati. Sedih rasanya bila tak dapat melakukan rutin membaca info dan blog di internet di asrama nanti. Terpaksa tinggalkan lagu favourite yang menemani hari-hariku tu.. Tak dapat juga nak siapkan blog ni. Tag html dan CCS berterabur lagi.Tak kemas langsung, ku yang rimas.

Sempat juga berjumpa dengan adik yang jauh tu kat dalam talian di saat-saat akhir aku di rumah.Happy dapat jumpa dia walaupun dia merajuk sekejap.Hidup dia semakin baik.Baguslah tu. Harap adik belajar betul-betul. Especially Fizik tu..hehe. Mesti adik dah tembam dan lagi comel.

Sejak Siti kahwin, sedih pula ku. Bukan sebab dia kahwin dengan siapa..tapi kehilangan peminatnya yang entah ke mana.Tak tahulah main nyorok-nyorok atau memang sibuk dengan hal masing-masing. Sunyi betul forum tu. Yang ada, tetap orang yang sama.

Kerja sekolah yang diberikan memang hebat. Tak pernah ku nafikan jumlahnya. Tapi biasalah, tak pernah juga ku siapkan. Ya lah..kalau dah diberi cuti, rehatlah dirumah.Sibuk dengan tv , sibuk dengan online.Beringat-beringat juga, tetap juga ku lakukan apa yang termampu. Ya lah, SPM memang dekat je dengan warong Pak Wan tu.Sambil tengok Take the Lead the dvd, sambil buat sejarah lah..

Dah lama juga tak jumpa dia. Duduk JB lah katakan. Bila dia balik sebab ada kenduri, mulalah kecoh dengan cerita-cerita dia. Memang happy go lucky betul. Tapi tulah kakakku.Antara yang faham jiwaku dan orang yang aku hormati.

Selalu juga makan di luar. Sesekali bila parents balik kampung.. kakaklah yang bertanggungjawab menjaga makan minum.Best juga makan dengan abang tu. Otak dia memang ligat juga.Banyak yang ku belajar dari dia, termasuk buat magic dan makan sotong kangkung di Uptown.

Ayah dan emak memang sayangkan anak-anak dia. Ayah memang berjiwa lembut.Selalu dia tanya padaku nak beli itu ini tak? Yalah, nak jaga hatiku agaknya.Dah lama aku tak balik pun..jadi mintak apa sahaja , mesti dapat..haha best betul.Kadang-kadang bila aku nak balik asrama, aku terlihat dia menangis Tapi sorok-sorok juga. Aku hiba juga..yalah, memang rapat dengan dia. Tapi.. tetap tahan di depan dia dan emak.Nanti dia ingat aku masih budak-budak dan asyik nangis kat asrama..hehe.Suatu hari, dia yang belikan langsir baru untuk rumah kami.Terlupa agaknya, dia belikan ku langsir berwarna oren. Sebenarnya tak sesuai denagn warna bilikku.Tapi sebab apa dia beli? Sebabnya dia kata, ku sukakn kartun.Ku sukakan langsir Teddy Bear berwarna oren tu. Ku sangat terharu sebenarnya.. betapa dia..

Keluargaku memang pencinta alam. Sukakan haiwan yang jinak-jinak. Macam-macam jenis binatang ada.. Dari kucing, hamster,ayam,arnab, ikan, sampailah guine pig(ye je aku eja).. Satu hari, kami sekeluarga pergilah kedai haiwan dan aquarium.. Sibuk betul semua orang pilih ikan dan kakak pula pilih hamster. beli dua ekor... kat rumah, dah ada 2 ekor dah. tamak betul.Guine pig dah ada 2.hai,seri=onok tengok gelagat masing-masing..

Oklah.. Selalu pula dapat gastrik kat rumah ni. Tak jaga makan minum kut. Dah pagi pun ni.Dah lama tak tulis begini.Tak tahu kenapa terbuka hati nak tulis.Sehingga nanti... ku berhenti di sini.

Alhamdulillah di atas segala kurniaannya. Lepas ni SPM woi! ni melatih menulis essay BM ni..skema betul.

Jumpa lagi diari..

Yang ikhlas,
Ain

Comment : 0 comments

TENTANG ESOK

Setiap saat kehidupan ini berubah rupa,
Kadangkala ia adalah tempat berteduh,
kadangkala kehidupan ini adalah Matahari terik
Hiduplah dengan sepenuhnya setiap saat,
sementara masih ada masa,
Entah esok ada atau tiada..

sumber: Kal Ho Na Ho

Comment : 0 comments

NEVER

Comment : 0 comments

Sampai menutup mata

aku tak mudah mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta


Bukan mudah bagiku.Sangat susah juga untuk mendengar "I had a crush.." dari diriku sendiri. Tidak.. selagi ku tak kata apa-apa, percayalah padaku. jgn memandai je ye..

Petikan diambil daripada:
Sampai Menutup Mata, Acha Septriasa

Embun di pagi buta
menebarkan bau asa
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku pergi

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

aku tak mudah mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta

senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata
cintaku sampai ku menutup mata

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

Comment : 0 comments

UNDER CONSTRUCTION

Tengah cuba memperbaiki hiasan dalaman rumah.. harap lebih menenangkan.

Comment : 0 comments

Sekolahku.. diriku..

menghitung hari, detik demi detik.. Trial.. SPM.. akn muncul.

Eh, sape kate? mungkin org lain, tapi ku tamau kira. ku tak reti kira..

SBPI Gombak.. w/pun dah setahun 2 bulan aku di sini.. tapi kadang2, persoalan yang sama masih gak nak berlegar di fikiran. "kenapa ku masuk sini?"

mungkin msa tu, terasa hidup ini terlalu berat, tapi agak kosong di hati. Kadangakala hati terlalu seni.. teringat perkara2 indah dalam hidup ni yang terbang di awangan. tapi tak termampu nak ku capai..

humm.. takpelah..biarkan. jgn layann. nal SPM ni!! tapi..

semakin hari berlalu juga, ku mula menyayangi sekolah ni..

kerana menyedarkanku akan tanggungjawabku untuk menjadi seorang manusia yang berguna.. untuk menjadi seorang yang istimewa.. untuk membuktikan kasih syg pd ibu ayah..untuk menyempurnakan kepercayaan ramai org.. untuk kecapi impian yang hebat tu..wow!

tapi, pernah mereka fikir.. selalu urat2 ku sebak dan menangis, fikiran loya dan hampir pengsan? selalu tangan dan kakiku bergetar2? Beraaaat..beraat sungguh rasanya.Sebab aku terlalu cuba untuk hargai hidup ni..

bagaimana dengan harapan ibu ayah yang tinggi? kepercayaan akak2 dan kawan2 di luar yang berkata: "Ain mesti boleh buaat nyer.."

Ada meraka tau apa yang ku rasa di sana? keadaanku? perasaanku? memegang pen dengan seribu harapan.. menahan mata dan keringat di tengah2 malam agar mampu memperbaiki banyak kelemahan yang lepas-lepas? melihat kawan2 bangga dengan keputusan yang cemerlang? melihat kawan2 yang mampu menggembirakan hati ibu ayah meraka? sedangkan aku..

Mungkin aku terlamabat sedar.. syukur ku dah sedar.. tapi berat itu sukar ditanggung.. doakan daku dalam perjalananku..

Comment : 0 comments

notice "Do Not Sleep" untuk ain..

Comment : 1 comments

pelik sungguh!

Terasa janggal
tiap kali bila merasanya (sakit ati)
melihat keliling tertanya-tanya
inikah manusia namanya?

(manusia takde ati kut..)

Dianugerahi Tuhan
akal yang panjang otak yang cekap
bintang berkelip-kelip di atas kertas
sudah cukup untuk dipandang orang

(akademik kena puji bukan men)

Namun,apa hargaya? (kepandaian)
tak berperangai seperti si cerdik
berjalan gah seperti dialah maharaja
tak berhati budi seperti pemimpin
pentingkan diri mcm takde sape dah
bile dah gemilang lupelah kawan
bile dah rasa perfect, tak habis mengumpat
bile dah wat salah,ego nak mati
bile dah kena marah,hentak-hentak tak puas ati..

(good people, good attitude maa)

Katanya model, katanya contoh
menyuruh murid menghormtai cikgu
terlebih kata dikata kurang ajar
terkurang kata dikata tak berwawasan
tapi kalau cikgu sendiri yg nampak kurang diajar,
sape lagi nak cukupkan ajaran?

(cakap tak serupa bikin)

Ni lagi satu:

hangat sungguh bila bercinta
gambar kat friendster semua gambarnya
bila tak jumpa sayang sana rindu sini
bila dah muak semuanya tak kena
dari "sayang" jadi "lu"
dari nasi putih jadi mee hailam..

(ape daa buang dakwat je la korang)

Comment : 1 comments

Satu misi yang mustahil tapi real!

Mungkin ku tak serik-serik lagi sebelum ni..

Pernah tak anda berjaya menumpaskan kes kecurian? kecurian harta anda sendiri?

Beberapa hari lepas..hansetku hampir2 dibawa lari peserta pertandingan yang ku libati. Mungkin sedang fokus kepada pertandingan.. terleka akan keselamatan beg berisi hanset yang diletakkan di atas kerusi dibelakang dewan.

Keadaan pada masa kecuriaan mungkin sunyi dengan orang kerana pertandingan telah dianjakkan ke bahagian hadapan dewan.Setelah habis bertanding.. dengan memegang pingat perak pun sudah tak berharga kerana hanset yang dihadiahkan abah telah hilang bersama beg yang ku bawa.

Terusku berlari mencari beg yang hilang.Ku cuba menelefon nombor hansetku, tetapi 'engage' nampaknya.Kawan-kawan turut cemas bersamaku. Seluruh dewan kami pusing dan akhirnya kami menjumpai beg yang tidak berisi hanset dicampakkan di tepi public phone di sebelah dewan.. Hatiku seakan di'punch' mereka bertubi2.. macam ketika bertanding tadi..

Ada sorang mak cik yang kebetulan lalu di tempat kejadian sewaktu kecurian menceritakan yang dia ternampak kelibat mereka yang mencurigakan telah memegang hanset dan begku.

Ku masih tidak menerima kenyataan itu.Ku terus berlari keluar dengan harapan mencari kelibat 2 lelaki yang diceritakan itu.. Sudah berkali2 ku kehilangan harta mak ayah.. takkan.. takkan kali ini.

Ku menghampiri sebuah van yang membawa peserta-peserta dari sebuah persatuan yang menyertai pertandingan ini.Ku cuba meminta pertolongan ketua mereka untuk membernarkanku menge'cek' beg2 mereka.. Bukan untuk menuduh.. Cuma kemungkinan tetap ada.. dengan kuasa Tuhan yang Esa.. akhirnya ku berjaya mendapatkan barang yang ku cari2.. Ia disorokkan dalam lipatan baju di dalam beg itu.

Seakan masih bermimpi..keadaan menjadi kelam kabut seketika. 'Dia' tidak mengaku.
Tak apalah.. demi kebaikan bersama, ku maafkannya.. Kerana hanya Tuhan yang lebih berhak atas segalanya..

Ku bersyukur Tuhan.. Kau banyak mengajarku,namun ku sering sering sering kali begini.. alpa.

sekarang, ku tak sanggup lagi..

sebelum ini hampir2 memusnahkan kepercayaan abah mak terhadapku dengan mengkhianati amanah mereka.Amanah untuk menjaga harta benda pemberian mereka..

Satu persoalan yang sentiasa bermain di fikiran.. kenapa? kenapa susah sgt nak jaga harta mereka?

Maafkanku mak.. ayah.. serik tul #_#

Comment : 1 comments

Time to sleep

Ku telah diberi masa untuk berehat dalam masa 7 hari sahaja.. kerana lepas ni, Kem Pecutan Prestasi sentiasa menunggu kelibatku di sekolah.

Sedikit rasa sakit mungkin dirasai mengenangkan orang lain 'sibuk' bercuti.. sedangkan kita bertungkus lumus menyelak buku dan membasuh baju di asrama. Hanya Tuhan yang tahu. Tapi aku kian pasrah.. inikan kehidupanku.. telah lali dan menerima seadanya.. hidupku kan dah berubah? kadangkala terlupa juga bila seronok sangat kat rumah..

Selamat tinggal cuti, selamat tinggal rumah, selamat tinggal semua.. haha sehari lagi..

woupss.. rasanya nak seludup henset!! shhhh.. jgn bgtau org..

Comment : 2 comments

HK SBP



Hari Kecemerlangan SBP (bola keranjang) ku lalui dengan penuh kesabaran..

Terpaksa amik amik MC 3 hari.. Sampai ke hari ini, badan takmo baek-bek!

Comment : 2 comments

 
About Me

NEOLLENE | 25 Dec 1989 | Shah Alam,MY | Graphic Design | Athletics | Reading

My Yahoo ID :

neollene
 
WRITIN MUSEUM

 
Events

 
Strollin Around

Online News
- New Straits Times
- The Star
- Utusan
- Berita Harian
- Harian Metro
- Malay Mail

Malaysia Top Sitez
- Nizam Zakaria
- Sultan Muzaffar
- Malique

Malaysia Society / Org
- Kaki Seni
- Filem Malaysia
- Istana Budaya
- Kem. Pelajaran
- Jakim

Journalist
- Inside My Brain
- Amiza Khusyri
- Bicara buku

Interactive
- 8tv
- Nokia
- Islam City
- Gempakstarz
- hi5
- SMS Free
- friendster

 
Tag-Board