Cutiku.. Alhamdulillah telah sampai ke penghujung
Pelbagai perasaan yang ku kutip sepanjang melaluinya..
Ku bersyukur.. hubungan ku dengannya telah pun bertambah baik. semoga kami dapat menjalani kehidupan di asrama dengan bayangan dan kekuatan masing-masing..
Sibuk betul mengemas rumah baru tu. Letih juga melayan tetamu. Terima kasih yang sudi hadir.Seronok jug di situ dengan suasana baru,bilik pun baru .Cuma belum sempat merasa perabot baru.Dah berada di asrama nanti, baru sampai.
Banyak betul ku download lagu. Lagu-lagu tu pula banyak yang menyentuh hati. Sedih rasanya bila tak dapat melakukan rutin membaca info dan blog di internet di asrama nanti. Terpaksa tinggalkan lagu favourite yang menemani hari-hariku tu.. Tak dapat juga nak siapkan blog ni. Tag html dan CCS berterabur lagi.Tak kemas langsung, ku yang rimas.
Sempat juga berjumpa dengan adik yang jauh tu kat dalam talian di saat-saat akhir aku di rumah.Happy dapat jumpa dia walaupun dia merajuk sekejap.Hidup dia semakin baik.Baguslah tu. Harap adik belajar betul-betul. Especially Fizik tu..hehe. Mesti adik dah tembam dan lagi comel.
Sejak Siti kahwin, sedih pula ku. Bukan sebab dia kahwin dengan siapa..tapi kehilangan peminatnya yang entah ke mana.Tak tahulah main nyorok-nyorok atau memang sibuk dengan hal masing-masing. Sunyi betul forum tu. Yang ada, tetap orang yang sama.
Kerja sekolah yang diberikan memang hebat. Tak pernah ku nafikan jumlahnya. Tapi biasalah, tak pernah juga ku siapkan. Ya lah..kalau dah diberi cuti, rehatlah dirumah.Sibuk dengan tv , sibuk dengan online.Beringat-beringat juga, tetap juga ku lakukan apa yang termampu. Ya lah, SPM memang dekat je dengan warong Pak Wan tu.Sambil tengok Take the Lead the dvd, sambil buat sejarah lah..
Dah lama juga tak jumpa dia. Duduk JB lah katakan. Bila dia balik sebab ada kenduri, mulalah kecoh dengan cerita-cerita dia. Memang happy go lucky betul. Tapi tulah kakakku.Antara yang faham jiwaku dan orang yang aku hormati.
Selalu juga makan di luar. Sesekali bila parents balik kampung.. kakaklah yang bertanggungjawab menjaga makan minum.Best juga makan dengan abang tu. Otak dia memang ligat juga.Banyak yang ku belajar dari dia, termasuk buat magic dan makan sotong kangkung di Uptown.
Ayah dan emak memang sayangkan anak-anak dia. Ayah memang berjiwa lembut.Selalu dia tanya padaku nak beli itu ini tak? Yalah, nak jaga hatiku agaknya.Dah lama aku tak balik pun..jadi mintak apa sahaja , mesti dapat..haha best betul.Kadang-kadang bila aku nak balik asrama, aku terlihat dia menangis Tapi sorok-sorok juga. Aku hiba juga..yalah, memang rapat dengan dia. Tapi.. tetap tahan di depan dia dan emak.Nanti dia ingat aku masih budak-budak dan asyik nangis kat asrama..hehe.Suatu hari, dia yang belikan langsir baru untuk rumah kami.Terlupa agaknya, dia belikan ku langsir berwarna oren. Sebenarnya tak sesuai denagn warna bilikku.Tapi sebab apa dia beli? Sebabnya dia kata, ku sukakn kartun.Ku sukakan langsir Teddy Bear berwarna oren tu. Ku sangat terharu sebenarnya.. betapa dia..
Keluargaku memang pencinta alam. Sukakan haiwan yang jinak-jinak. Macam-macam jenis binatang ada.. Dari kucing, hamster,ayam,arnab, ikan, sampailah guine pig(ye je aku eja).. Satu hari, kami sekeluarga pergilah kedai haiwan dan aquarium.. Sibuk betul semua orang pilih ikan dan kakak pula pilih hamster. beli dua ekor... kat rumah, dah ada 2 ekor dah. tamak betul.Guine pig dah ada 2.hai,seri=onok tengok gelagat masing-masing..
Oklah.. Selalu pula dapat gastrik kat rumah ni. Tak jaga makan minum kut. Dah pagi pun ni.Dah lama tak tulis begini.Tak tahu kenapa terbuka hati nak tulis.Sehingga nanti... ku berhenti di sini.
Alhamdulillah di atas segala kurniaannya. Lepas ni SPM woi! ni melatih menulis essay BM ni..skema betul.
Jumpa lagi diari..
Yang ikhlas,
Ain