Satu misi yang mustahil tapi real!

Mungkin ku tak serik-serik lagi sebelum ni..

Pernah tak anda berjaya menumpaskan kes kecurian? kecurian harta anda sendiri?

Beberapa hari lepas..hansetku hampir2 dibawa lari peserta pertandingan yang ku libati. Mungkin sedang fokus kepada pertandingan.. terleka akan keselamatan beg berisi hanset yang diletakkan di atas kerusi dibelakang dewan.

Keadaan pada masa kecuriaan mungkin sunyi dengan orang kerana pertandingan telah dianjakkan ke bahagian hadapan dewan.Setelah habis bertanding.. dengan memegang pingat perak pun sudah tak berharga kerana hanset yang dihadiahkan abah telah hilang bersama beg yang ku bawa.

Terusku berlari mencari beg yang hilang.Ku cuba menelefon nombor hansetku, tetapi 'engage' nampaknya.Kawan-kawan turut cemas bersamaku. Seluruh dewan kami pusing dan akhirnya kami menjumpai beg yang tidak berisi hanset dicampakkan di tepi public phone di sebelah dewan.. Hatiku seakan di'punch' mereka bertubi2.. macam ketika bertanding tadi..

Ada sorang mak cik yang kebetulan lalu di tempat kejadian sewaktu kecurian menceritakan yang dia ternampak kelibat mereka yang mencurigakan telah memegang hanset dan begku.

Ku masih tidak menerima kenyataan itu.Ku terus berlari keluar dengan harapan mencari kelibat 2 lelaki yang diceritakan itu.. Sudah berkali2 ku kehilangan harta mak ayah.. takkan.. takkan kali ini.

Ku menghampiri sebuah van yang membawa peserta-peserta dari sebuah persatuan yang menyertai pertandingan ini.Ku cuba meminta pertolongan ketua mereka untuk membernarkanku menge'cek' beg2 mereka.. Bukan untuk menuduh.. Cuma kemungkinan tetap ada.. dengan kuasa Tuhan yang Esa.. akhirnya ku berjaya mendapatkan barang yang ku cari2.. Ia disorokkan dalam lipatan baju di dalam beg itu.

Seakan masih bermimpi..keadaan menjadi kelam kabut seketika. 'Dia' tidak mengaku.
Tak apalah.. demi kebaikan bersama, ku maafkannya.. Kerana hanya Tuhan yang lebih berhak atas segalanya..

Ku bersyukur Tuhan.. Kau banyak mengajarku,namun ku sering sering sering kali begini.. alpa.

sekarang, ku tak sanggup lagi..

sebelum ini hampir2 memusnahkan kepercayaan abah mak terhadapku dengan mengkhianati amanah mereka.Amanah untuk menjaga harta benda pemberian mereka..

Satu persoalan yang sentiasa bermain di fikiran.. kenapa? kenapa susah sgt nak jaga harta mereka?

Maafkanku mak.. ayah.. serik tul #_#

1 Comments:

At 11:54 PM, Blogger HK said...

Haa hp awk nyaris2 ilang..ish teruk betul la siapa yang curi tu..lepas ni ain kena lebih hati-hati sket ek..risau lak..

 

Post a Comment

<< Home

 
About Me

NEOLLENE | 25 Dec 1989 | Shah Alam,MY | Graphic Design | Athletics | Reading

My Yahoo ID :

neollene
 
WRITIN MUSEUM

 
Events

 
Strollin Around

Online News
- New Straits Times
- The Star
- Utusan
- Berita Harian
- Harian Metro
- Malay Mail

Malaysia Top Sitez
- Nizam Zakaria
- Sultan Muzaffar
- Malique

Malaysia Society / Org
- Kaki Seni
- Filem Malaysia
- Istana Budaya
- Kem. Pelajaran
- Jakim

Journalist
- Inside My Brain
- Amiza Khusyri
- Bicara buku

Interactive
- 8tv
- Nokia
- Islam City
- Gempakstarz
- hi5
- SMS Free
- friendster

 
Tag-Board