Tgh dok nyelak2 tu..tetiba terjumpa plak topic "Ingin lajukan PC anda?".Sblm ni cam x amik kisah sgt pasal nak service Pc ni..cuma bebaru ni plak bru ada kesedaran tu...eheh.Klu psal Scandisk tu dah biasa lah dengar,tp klu Defrag ni.."cam prnh dgr..tp kt mane ek?".Hi, gitulah lebih kurg.Kepada "budak bru belajar" cam wan nih,bolehlah cuba.So,kpd yg pro/pkr pc tu abaikan lah ek menda nih :
Untuk mengembalikan komputer anda berjalan dengan baik,adalah penting untuk anda menjalankan senggaraan yang berkala terutamanya kepada cakera keras.Senggaraan pada cakera dilakukan dengan penggunaan Defrag iaitu sebuah proses yang digunakan untuk menyusun semula storan faik pada cakera supaya ia tidak bersepah pada permukaan cakera.Defrag harus dijalankan sebulan sekali untuk membuatkan komputer anda lancar berfungsi.
Defrag boleh dijalankan dengan dwi-klik pada My computer,kemudian klik kanan pada pemacu C: dan pilih Properties daripada senarai yang muncul.Pergi ke pilihan Tools dan kemudian Defragment Now.


Disk Defragment akan muncul dan kemudian klik pada analyze.Ia akan melakukan pemeriksaan pada cakeran keras anda dan ia akan memaparkan kepurtusan analisa itu dalam beberapa saat.Kemudian klik pada Defragment untuk meneruskan Defrag.Ini akan berjalan untuk beberapa jam dan jangan jalankan defrag jika anda mahu menggunakan komputer anda.Setelah selesai pasti komputer anda akan berasa lebih lancar.
SUMBER : MPC